Friday, February 3, 2012

Percubaan Pertama...

Nick seorang pemuda yang bercita-cita dalam bidang muzik. Semasa menuntut di Universiti, Nick mempunyai seorang kawan perempuan  bernama Erin. Nick mengambil jurusan muzik manakala Erin dalam jurusan perniagaan. Pada mulanya mereka tidak mengenali satu sama lain kerana mereka asal daripada tempat yang berbeza. Nick seorang lelaki yang bersahaja, periang dan sedikit nakal. Berbeza dengan Erin yang mana Erin merupakan seorang yang pendiam dan sopan. Semuanya bermula apa bila mereka berdua mendapat surat daripada pihak Universiti yang mengatakan bahawa mereka telah berjaya diterima memasuki Universiti tersebut. Bagi Nick, semua tu merupakan satu rahmat baginya kerana dia semakin dekat untuk mencapai cita-citanya. Bagi Erin pula, dia terpaksa lepaskan cita – citanya untuk menjadi seorang pereka dalaman kerana dipaksa oleh kluarganya untuk mengambil bidang perniagaan dengan harapan Erin akan mengantikan tempat ayahnya dalam syarikat ayahnya suatu hari nanti. Pada hari pendaftaran, Nick datang seorang diri kerana emaknya tidak sihat. Emaknya telah jatuh sakit sejak ayah Nick meninggal dunia pada setahun yang lepas. Selepas siap mendaftarkan diri, Nick membawa gitar kesayangannya ke taman. Semasa ingin melintas jalan, tetiba muncul sebuah kereta yang hampir – hampir melanggar Nick. Nick tersungkur dan riak muka Nick berubah. Bukan kerana dia hampir – hampir dilanggar tetapi kerana gitarnya telah rosak. Pemandu kereta itu keluar dan cuba menolong Nick tetapi Nick mula memarahi pemandu tersebut. Kemudian keluar seorang perempuan dari kereta itu dan berkata “ awak tidak apa-apa ke??”. Nick mendengar suara itu dan menoleh ke arah perempuan itu. Nick berkata “ saya tidak apa – apa tetapi gitar saya sudah rosak disebabkan awak.”. “ Nama saya Erin. Saya minta maaf atas semuanya tetapi saya sudah lambat untuk daftar. Ini nombor saya, nanti awak call saya, kita bincang pasal ni..ok??”. Nick hanya mampu menjawab “ok” walaupun waktu tu Nick sangat marah kerana gitarnya sudah rosak.
Seminggu selepas itu, Nick menghubungi Erin mengenai kemalangan hari tu.

Nick       : hello, boleh saya bercakap dengan Erin??
Erin        : hello. Erin bercakap.
Nick       : saya Nick.
Erin        : Nick??
Nick       : orang yang awak nyaris – nyaris langgar hari tu. Dh lupa ke??
Erin        : oh....awak. saya tunggu jugak awak call saya.
Nick       : maaf, saya sibuk dengan minggu suai kenal. Boleh saya jumpa awak esok untuk bincang mengenai hal hari                       tu??
Erin        : boleh. Saya pun memang nak jumpa awak. Kita jumpa esok di cafe depan pusat ICT pada pukul 3                                      petang...blh??
Nick       : ok. Kita jumpa esok.

Pada keesokkan harinya, selepas tamat kuliah, Nick terus bergegas ke cafe yang menjadi tempat pertemuannya dengan Erin. Nick seorang yang mementingkan masa jadi dia sudah sampai disana 10minit lebih awal. Nick melihat jarum jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 3. Kemudiandia terdengar suara yang memanggil namanya dari belakang, “ hai Nick” . Nick menoleh kebelakang dan ternampak Erin sedang berjalan kearahnya.

Erin        : hai, lama tunggu??
Nick       : hai. tak lah. Saya baru je sampai. Saya ingatkan awak tidak datang tadi.
Erin        : mana boleh saya tak datang. Saya nak minta maaf dengan awak sebab saya pergi macam tu je hari tu. Saya                   tak patut buat macam tu.
Nick       : tak pe..saya faham.
Erin        : here, small gift from me. Anggaplah sebagai tanda minta maaf daripada saya. (Erin memberikan sebuah gitar                   baru kepada Nick). Saya tahu yang gitar awak sudah rosak disebabkan saya.
Nick       : saya bukannya nak awak gantikan gitar saya. Saya cuma nak dengar awak minta maaf je. Lagipun gitar tu                       merupakan pemberian daripada arawah ayah saya.
Erin        : saya betul – betul minta maaf. Awak ambiklah gitar ni dulu. Biar saya hantar gitar awak untuk diperbaiki.
Nick       : eh..tak pe lah..
Erin        : kalu awak x tak bagi, saya lagi akan rasa bersalah. Please let me help you fix that guitar.
Nick       : ok lah kalu macam tu. Saya minta maaf tetapi saya ada hal lagi ni. Jadi saya minta diri dulu.
Erin        : ok. Nanti apabila gitar awak dah siap diperbaiki, saya akan hubungi awak.

Nick mengambil gitar yang baru diberikan oleh Erin dan kemudian beredar.  Selapas seminggu daripada pertemuan itu. Erin menghubungi Nick untuk berjumpa dan mengembalikan gitar kepada Nick. Nick begitu gembira bila melihat gitar pemberian arwah ayahnya sudah diperbaiki. Erin pula tersenyum melihat keadaan Nick yang begitu gembira lalu meminta Nick untuk memainkan sebuah lagu untuknya. Nick terus bersetuju. Semasa mendengar lagu yang dimainkan oleh Nick, Erin pertama kalinya berasa cukup tenang dan gembira. Segala masalahnya bagaikan hilang daripada fikirannya.

Erin        : pandai awak main gitar.
Nick       : eh awak ni..saya tak lah pandai sangat. Biasa-biasa je.
Erin        : kita ni hanya setakat tahu nama je. Awak kat sini ambik jurusan apa?
Nick       : saya ambik jurusan muzik. Awak plak?
Erin        : saya mengambil jurusan perniagaan.
Nick       : owh. Boleh saya berkawan dengan awak?lagipun saya tak ramai kawan kat sini.
Erin        : awak nak berkawan boleh, tapi kena tengok lah awak betul – betul ikhlas atau tidak nak berkawan dengan                        saya.
Nick       :ok. Thanks.

Dari saat itu lah Nick dan Erin mula berkawan.

                                                                                                                             Bersambung..................

1 comment: