Tuesday, October 9, 2012

assalamualaikum......

dh lama xbuka blog ni.....
hari ni aku dh rasa lega...penilaian dh pun lepas....
hope my bos puas hati lh......
skrg aku dh kerja...bnyk btl yg aku bljr....
nk handle pekerja bawahan ni agak mencabar gak....
dugaan untuk aku yg masih muda tetapi diberi tanggungjwb yg besar.......

satu organisasi yg besarlh bg aku sbb melibatkn duit yg bnyk n risiko yg tinggi....
semoga aku mampu bertahan.......
walaupun org pndang rendah dgn pekerjaan aku di 'stesen minyak'...tp mereka xtaw jwtn aku apa....jd aku xkisah org nk kata apa pun...asalkn rezeki yg halal........

Saturday, April 7, 2012

karut2 sikit,....

karut2 plak entry aku kali ni...hahahaha....
saje nk release tension sikit.....9hb ni nk kena present projek....
time2 mcm ni lh aku nk "menggila".....

skrg blade W juga merupakan blog untuk Ash Production.....
sbgai permulaan....Ash Production telah membuat video resume untuk rujukan org lain.....not perfect but i think it still can help people who don't know anything about video resume.....

insyaAllah lepas ni,projek kedua Ash Production ialah video klip ataupun dokumentari.....
kalu diikutkn, nk di rakam pada bulan ni...tetapi sbbkn masa yg agak terhad..kami terpaksa tunda pada bln 6..

blade bukan lh lepasan daripada bidang filem atau apa....tp ini adalah usaha kecil untuk kami untuk membantu org lain....setiap video yg kami kluarkn..kami ada selitkn dgn the making of video tersebut.....senang untuk org lain diluar sana untuk belajar....

ilmu yg kita ada,kalu kita sebarkn lebih baik daripada kita simpan untuk diri kita je....btl x???
setiap ilmu yg kita ada ni adalah pemberian daripada Allah S.W.T....cuma kita pastikn kita guna dgn btl.....
blade x janji tp insyaAllah setiap ilmu yg ada akn digunakn sbaik mgkin untuk benda2 yg baik....


duk fikir plak sal projek ni....final projek untuk lulus diploma xfikir pun..hahahaha....biasalh...stress giler2 kot ngan final projek tu....dh jadi yg ni...yg lain plak xjd.....ish3....harap semuanya akn siap n berjalan ngan lancar masa hari presentation nanti......

Monday, February 20, 2012

Kasih tercipta...

oke lh...entry aku kali ni sal Kasih Tercipta....
aku bukan nk huraikn sal tajuk tu....sbb tajuk tu ada cerita yg aku tulis...
cerita tu jugak lh first time aku hntr kat radio....

di sini aku nk ucapkn terima kasih kat kwn aku yg bnyk tlg aku....
tnpa dia...mgkin aku xkn pernah hntr cerita aku untuk dinilai....

Kasih Tercipta ni adalah ilham daripada pengalaman aku dlm dunia pencintaan....
bila kawan aku suruh tulis..aku jd blur...apa yg aku nk tulis...tp last2, bila aku pndang ke dada langit...aku mula mendapat bayangan dan semua tu aku olah kedlm komputer aku...kalu zaman dulu org menguna kn pen dan kertas...tp teknologi skrg senang je...on komputer...buka microsoft word, pastu taip lh apa yg nk ditaip....hahaha....

aku ni jenis mood dtg xlama....jd aku cuba siapkn citer tu sebelum mood aku pergi meninggalkn aku.....
jln cerita tu ada...cuma gaya bahasa je yg xok sgt...sbb bila baca,feeling tu x smpai sbb keras sgt bahasa yg aku gunakn....

tetapi semalam alhamdulillah aku dh sent email kat org yg bertanggungjawab....aku memilih lagu herman tino...tajuk aku dh lupa....hehehe......nasib baik aku xletak lagu awan nano...hahaha......
apa2 pun...aku harap sgt cerita aku tu akn terpilih.....aku tidak mengharapkn untuk mendapat johan tapi asalkn terpilih pun dh cukup....sbgai pembakar semangat untuk aku teruskn usaha aku dlm bidang ni....

sedikit pesanan aku, bg yg kat luar sana tu...kalu nk bercinta....ingatlh tujuan anda bercinta adalah untuk mengahwini pasangan anda n bersamanya smpai bila2.....sekiranya anda bercinta untuk main2, better anda putuskn hubungan anda skrg....sbb itu akn menyakitkn perasaan pasangan anda......

Sunday, February 5, 2012

baca je lh....

aku xnk update tp paksa oleh kwn aku untuk update...
dia pun seorg blogger....
blog dia xpe lh cantik....asyik masuk contest je...
aku ni xkreatif n xde idea nk tulis apa.....tp hari ni...meh aku tunjukkn gmbr aku n blogger yg aku sebutkn td....
jgn fikir bukan2 kerana aku adalah uncle dia.....(bukan btl pun..hanya panggilan....)
ni lh gmbr aku ngan ank buah aku kot????
nk beli mutor tu xmampu lg...so,aku edit je lh.....
aku knl dia pun melalui OM....tahu x OM tu apa????
OM tu adalah laman sosial OneMalaysian...

Nama dia xleh gtaw tp muka dia adalah seperti mana yg terdapat dlm gambar tu....
kat blog dia.mcm2 dia tulis....aku org klntn so aku nk ckp klntn lh...blh x???
kita kalu gi mana2,budu xtinggal...kira bahasa klate ado dimana2....
lonie...dia nk aku ajar dia kecek klate sbb dia ada royak yg dulu masa saing dia kecek klate nga dia....dia xpehe gapo satu.....tp wak2 pehe....sedih aku dgr....

ok..bo lh kecek pasal dia...nanti xpasal2 aku kena pah ni....

jom kita baca pasal ni.....

kenapa filem hantu di Malaysia sekarang mesti ada adegan yg seksi2???yg bg aku xsepatutnya ada.....dlm kehidupan sebenar pun xde mcm tu....kalu nk melariskn filem pun....xperlu lh buat tarikan mcm tu....
nk jd mcm indonesia ke???buat citer hantu tp pelakon pakai baju n seluar dalam je....
apa motifnya???aku ckp ni berdasarkn pendapat aku.....
aku pun bercita2 nk jadi pengarah filem tp xde lh perlu baut mcm tu skali....ingat,jgn kita kotori industri filem ngan adegan2 yg xsepatutnya...dan kepada pelakon2,jgn lh mudah sgt menerima tawaran yg memerlukan korg mendedahkn badan korg....memang bg kamu itu satu lakonan....tp bnda tu kamu betul2 buat....
apa pandangan masyarakat nanti???
budak2 muda sekarang bnyk yg mengambil pelakon sebagai idola....
jd jagalh penampilan anda kerana ia akn menjadi ikutan org lain........
sekadara berkongsi pendapat...
thanks.......

Friday, February 3, 2012

Percubaan Pertama...

Nick seorang pemuda yang bercita-cita dalam bidang muzik. Semasa menuntut di Universiti, Nick mempunyai seorang kawan perempuan  bernama Erin. Nick mengambil jurusan muzik manakala Erin dalam jurusan perniagaan. Pada mulanya mereka tidak mengenali satu sama lain kerana mereka asal daripada tempat yang berbeza. Nick seorang lelaki yang bersahaja, periang dan sedikit nakal. Berbeza dengan Erin yang mana Erin merupakan seorang yang pendiam dan sopan. Semuanya bermula apa bila mereka berdua mendapat surat daripada pihak Universiti yang mengatakan bahawa mereka telah berjaya diterima memasuki Universiti tersebut. Bagi Nick, semua tu merupakan satu rahmat baginya kerana dia semakin dekat untuk mencapai cita-citanya. Bagi Erin pula, dia terpaksa lepaskan cita – citanya untuk menjadi seorang pereka dalaman kerana dipaksa oleh kluarganya untuk mengambil bidang perniagaan dengan harapan Erin akan mengantikan tempat ayahnya dalam syarikat ayahnya suatu hari nanti. Pada hari pendaftaran, Nick datang seorang diri kerana emaknya tidak sihat. Emaknya telah jatuh sakit sejak ayah Nick meninggal dunia pada setahun yang lepas. Selepas siap mendaftarkan diri, Nick membawa gitar kesayangannya ke taman. Semasa ingin melintas jalan, tetiba muncul sebuah kereta yang hampir – hampir melanggar Nick. Nick tersungkur dan riak muka Nick berubah. Bukan kerana dia hampir – hampir dilanggar tetapi kerana gitarnya telah rosak. Pemandu kereta itu keluar dan cuba menolong Nick tetapi Nick mula memarahi pemandu tersebut. Kemudian keluar seorang perempuan dari kereta itu dan berkata “ awak tidak apa-apa ke??”. Nick mendengar suara itu dan menoleh ke arah perempuan itu. Nick berkata “ saya tidak apa – apa tetapi gitar saya sudah rosak disebabkan awak.”. “ Nama saya Erin. Saya minta maaf atas semuanya tetapi saya sudah lambat untuk daftar. Ini nombor saya, nanti awak call saya, kita bincang pasal ni..ok??”. Nick hanya mampu menjawab “ok” walaupun waktu tu Nick sangat marah kerana gitarnya sudah rosak.
Seminggu selepas itu, Nick menghubungi Erin mengenai kemalangan hari tu.

Nick       : hello, boleh saya bercakap dengan Erin??
Erin        : hello. Erin bercakap.
Nick       : saya Nick.
Erin        : Nick??
Nick       : orang yang awak nyaris – nyaris langgar hari tu. Dh lupa ke??
Erin        : oh....awak. saya tunggu jugak awak call saya.
Nick       : maaf, saya sibuk dengan minggu suai kenal. Boleh saya jumpa awak esok untuk bincang mengenai hal hari                       tu??
Erin        : boleh. Saya pun memang nak jumpa awak. Kita jumpa esok di cafe depan pusat ICT pada pukul 3                                      petang...blh??
Nick       : ok. Kita jumpa esok.

Pada keesokkan harinya, selepas tamat kuliah, Nick terus bergegas ke cafe yang menjadi tempat pertemuannya dengan Erin. Nick seorang yang mementingkan masa jadi dia sudah sampai disana 10minit lebih awal. Nick melihat jarum jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 3. Kemudiandia terdengar suara yang memanggil namanya dari belakang, “ hai Nick” . Nick menoleh kebelakang dan ternampak Erin sedang berjalan kearahnya.

Erin        : hai, lama tunggu??
Nick       : hai. tak lah. Saya baru je sampai. Saya ingatkan awak tidak datang tadi.
Erin        : mana boleh saya tak datang. Saya nak minta maaf dengan awak sebab saya pergi macam tu je hari tu. Saya                   tak patut buat macam tu.
Nick       : tak pe..saya faham.
Erin        : here, small gift from me. Anggaplah sebagai tanda minta maaf daripada saya. (Erin memberikan sebuah gitar                   baru kepada Nick). Saya tahu yang gitar awak sudah rosak disebabkan saya.
Nick       : saya bukannya nak awak gantikan gitar saya. Saya cuma nak dengar awak minta maaf je. Lagipun gitar tu                       merupakan pemberian daripada arawah ayah saya.
Erin        : saya betul – betul minta maaf. Awak ambiklah gitar ni dulu. Biar saya hantar gitar awak untuk diperbaiki.
Nick       : eh..tak pe lah..
Erin        : kalu awak x tak bagi, saya lagi akan rasa bersalah. Please let me help you fix that guitar.
Nick       : ok lah kalu macam tu. Saya minta maaf tetapi saya ada hal lagi ni. Jadi saya minta diri dulu.
Erin        : ok. Nanti apabila gitar awak dah siap diperbaiki, saya akan hubungi awak.

Nick mengambil gitar yang baru diberikan oleh Erin dan kemudian beredar.  Selapas seminggu daripada pertemuan itu. Erin menghubungi Nick untuk berjumpa dan mengembalikan gitar kepada Nick. Nick begitu gembira bila melihat gitar pemberian arwah ayahnya sudah diperbaiki. Erin pula tersenyum melihat keadaan Nick yang begitu gembira lalu meminta Nick untuk memainkan sebuah lagu untuknya. Nick terus bersetuju. Semasa mendengar lagu yang dimainkan oleh Nick, Erin pertama kalinya berasa cukup tenang dan gembira. Segala masalahnya bagaikan hilang daripada fikirannya.

Erin        : pandai awak main gitar.
Nick       : eh awak ni..saya tak lah pandai sangat. Biasa-biasa je.
Erin        : kita ni hanya setakat tahu nama je. Awak kat sini ambik jurusan apa?
Nick       : saya ambik jurusan muzik. Awak plak?
Erin        : saya mengambil jurusan perniagaan.
Nick       : owh. Boleh saya berkawan dengan awak?lagipun saya tak ramai kawan kat sini.
Erin        : awak nak berkawan boleh, tapi kena tengok lah awak betul – betul ikhlas atau tidak nak berkawan dengan                        saya.
Nick       :ok. Thanks.

Dari saat itu lah Nick dan Erin mula berkawan.

                                                                                                                             Bersambung..................

Friday, January 27, 2012

naik bukit....

dh lama x tulis kat blog ni....
bz sikit n xtaw nk tulis sal apa...
tp hari ni, blade nk kongsi satu citer....

sebelum cuti raya cina hari tu...blade ada naik bukit..xlh mencabar sgt sbb naik ikut jln yg dia dh buat....jalan yg dh di tar kn....
tp jgn ingat senang....sbb nk naik tu....punya lh berat rasa kaki ni nk melangkah....
tgh2 duk naik tu...tetiba kwn call ckp yg dia dh otw nk dtg rumah...sbb janji nk gi sungai petani ngan dia....
niat hati memang nk turun je....tp thanks kpd akak senior iaitu kak ila sbb bg galakan untuk teruskn perjalan untuk naik ke puncak bukit....
sejam 20 minit masa yg blade ambik untuk smpai ke puncak tu.....
baju memang bermandikn peluh lh sbb dh lama x bersenam.....
bila smpai di puncak....satu kepuasan dirasakn dan juga sedikit kecewa sbb kat atas tu xde lh menarik sgt.....
kakak2 senior ckp,ada satu tempat yg mana kita blh tgk pemandangan yg cantik dari atas bukit ni...
blade semakin xsbr untuk saksikannya....
kami pergi ke tempat yg dikatakn oleh kakak senior td....
masyaAllah.....segala penat yg dirasakn tetiba hilang selepas melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T.....dpt melihat empangan mengkuang daripada situ....n mgkin kawasan kulim sekali.....
syukur alhamdulillah sbb blade tidak ikut kata hati untuk turun pada mulanya td.....insyaAllah nanti blade akn kesana sekali lg bersama kawan2 yg juga ingin menikmati keindahan ciptaan Allah....coz kami dah xde kat sini lg pasni...semua akn balik ke kg......
disini blade sertakn gmbr semasa blade naik bukit tu.....






kat belakang tu lh "Mengkuang Dam"

Sunday, July 17, 2011

hujung minggu.....

fuh...ni ada satu pengalaman yg nk dikongsikn dgn kamu semua.....
smlm,iaitu hari sabtu....punyalh sejuk pg tu...aku apa lg,terus bangun masuk tndas lh.....pastu,aku tgk baju aku banyak yg xbasuh...aku pun ambik semua masuk dlm baldi,aku pun basuh.....siap tu,penatlh jugak...aku pun nk lh rehat...
xsampai 5 minit,aku dgr satu bunyi,.....bunyi apa yg ganggu aku ni....
tgk2 ada msj smpai...tnya aku jd x nk dtg rumah dia...katanya kakak angkat aku ada kat rumah....jd dia ajak aku bermalam kat rumahnya.......fikir punya fikir.....segan pun ada gak....tp kalu aku xgi skrg,bila lg kn???
aku terus gi jeti n naik bas ke sungai petani....smpai je kat s.p...aku terus merayap ke salah satu pusat membeli belah kat sana....pergh!!!...sakit jugak lh mata aku memandang sebaik saje masuk ke dlm tu....mcm2 ada.....siap pegang tngan,hmpir satu badan lh dipegang....nk tunggu kakak angkat aku lambat lg...aku pun pi buat spect hitam coz sakit sgt mata aku ni....

selepas 2 jam...baru lh kakak angkat aku smpai....memang xsangka blh jumpa lg...dh 5 tahun kot x jumpa...dia ajak aku mkn pizza sebelum balik ke rumah dia...sejam jugak lh nk smpai rumah dia....aku bukan main tkt lg sbb xpernah pergi tdo rumah org....xbiasa ngan family dia...
smpai kat rumah dia...aku masuk ke dlm bilik adik bongsu dia.....xlama kemudian,adik2 dia n umi dia balik....lutut aku menggigil....memalukn btl....pas solat isyak..aku masuk kedlm rumah dia...duk borak kat ruang tamu...aku,kakak angkat aku dan adik dia yg jugak kawan aku...(kawan melalui msj)..duk borak2 pastu ayah dia balik...tkt dh ak...tp lama2 duk borak ngan ayah dia...rasa tkt n segan aku makin berkurang.....kul 11.30 aku masuk tdo...first time tdo dlm kelambu pastu panas plak sbb kipas xkena sgt....memang tdo sedar tdo sedar lh....kat rumah dia ada bnyk dusun buah buahan...pg td,..aku pusing2 kampung dia...nyaman rasa sbb dipenuhi oleh hutan yg semula jd bukannya hutan konkrit.....dihidangkn plak ngan pulut durian...memang best lh.......terima kasih bnyk2 kat kakak angkat aku sekeluarga kerana terima aku dtg bermalam kat sana n layan aku dengan baik skali...insyaAllah kalu ada masa n pluang,aku akn turun lg....